Berapa Liter Air Diperlukan Sebelum & Sesudah Berlari?

Bagi anda yang menjadikan berlari sebagai sukan, mendapatkan air yang cukup sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi. Tahukah anda berapa liter air yang anda perlukan sebelum dan sesudah berlari?

Kami kongsikan tips ini sebagai rujukan.

Sebelum Berlari

Idealnya, jumlah cairan dalam badan berada dalam keadaan seimbang sebelum berlari. Tidak kurang dan tidak lebih.

Minum air secara berlebihan sebelum larian menjadikan anda kembung dan tidak selesa. Sebaiknya, minum sebanyak 500ml dua hingga tiga jam sebelum berlari dan minum lagi 250ml, 15 minit sebelum memulakan larian.

Semasa Berlari

Cara terbaik untuk menghitung jumlah air yang anda perlu minum semasa larian ialah dengan mengira kadar peluh yang dihasilkan. Kadar peluh dipengaruhi oleh cuaca. Tetapi, jika anda tidak mahir mengira kadar peluh, minumlah 0.5 – 1 liter air bagi setiap jam larian. Anda boleh membahagikan jumlah ini kepada 4 dan minum setiap 15 minit larian.

Bagi larian jangka pendek (kurang 1 jam), air sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan anda. Tetapi jika anda menyertai larian jarak jauh seperti maraton, pastikan anda minum air yang mengandungi karbohidrat, sodium dan potassium kerana zat-zat ini digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga. Pilihan yang ada ialah minuman khusus untuk sukan seperti minuman isotonik atau buat sendiri menggunakan lemon, garam dan sedikit gula.

Selepas Berlari

Setelah berolahraga, badan anda berada dalam keadaan sedikit terhidrasi. Anda perlu menggantikan kembali air di dalam badan dalam masa 2 jam.

Semasa proses pemulihan, air di dalam badan akan hilang melalui peluh dan air kencing. Oleh itu, bagi setiap liter peluh yang hilang, anda perlu meminum sebanyak 1.25-1.5 liter air.

Sebaiknya jika anda merancang untuk membuat larian jarak jauh, minum terlebih dahulu 160-200ml air sebelum larian dan minum setaip 15-20 minit semasa larian. Ini adalah untuk memastikan badan anda kekal lembab selepas berlari walaupun banyak berpeluh.

Sumber : Liputan6

Leave a Reply

Close Menu