FENOMENA HARI-HARI Bersarapan Di Luar!

KEBIASAAN ZAMAN TERKINI

Hari hujung minggu, sudah menjadi satu kebiasaan ibubapa membawa anak-anak mereka keluar bersarapan di kedai. Kerana hari biasa; bapa dan suri rumah yang bekerja sudah biasa bersarapan diluar.

Dahulu semasa tahun 70an, semasa kami kecil, hal ini jarang-jarang berlaku kerana kami makan apa sahaja yang dimasak oleh ibu. Begitulah suasana dahulu!

Hari ini sudah menjadi trend makan diluar dan kita akan bawa anak2 untuk bersarapan di luar. Tetapi yang kita perhatikan ibubapa sekarang kurang pengetahuan kerana cara pemakanan yang diamalkan mengundang budaya kurang sihat dalam pemakanan. Inilah ironinya!

90% ANAK KECIL MINUM AIS

Cuba perhatikan betul-betul, anak-anak kecil yang rata-ratanya ibubapa mereka membenarkan meminum ais dan 90% daripada anak-anak ini meminum ais sejak kecil semasa bersarapan pagi! Bayangkan apabila umur anak-anak ini meningkat, sudah tentu ais menjadi basahan kepada mereka!

Kerana itu budaya meminum ais akan menyebabkan mereka berasa haus dan terus minum. Kerana itu sudah ada pada amalan remaja masa kini, “ais ikat tepi”! Dan menjadikan mereka bertambah obes, suatu budaya obesiti di kalangan remaja muda. Suatu budaya yang semacam dibenarkan oleh ibubapa kini!

Hal bersarapan di kedai luar secara bekeluarga amatlah disanjung tinggi kerana ia merapatkan sifat kekeluargaan tetapi kurang berilmu dikalangan ibubapa mengenai hal pemakanan tidak sihat harus di khuatiri!

APA ITU HFCS

Ramai yang tidak tahu di kedai makanan kini sebenar menggunakan gula cair HFCS (high fructose corn syrup). Gula ini biasa dibeli oleh kedai diluar dan digunakan secara meleluasa dalam industri pemakanan kita. Lihat yang diminum oleh anak-anak kecil sudah ditambah HFCS dan diberi minum! Setiap kali, setiap masa diluar di kedai makanan! Memang sedap! Tetapi ianya diambil secara berlebihan tanpa kita sedari ianya diletakkan dalam kebanyakan makan terutamanya minuman ketika di kedai. AWAS!

Untuk HFCS nisbah fruktosa adalah 60% dan glukosanya adalah 40%. Kandungan fruktosa dalam HFCS adalah 3 kali ganda manisnya dari gula pasir! Oleh kerana itu ianya banyak digunakan dikedai dan diguna sebagai pemanis kepada minuman.

Bayangkan anak-anak ini meminum dan memakan gula yang sememangnya sangat manis kerana bersarapan dikedai atas nama budaya bersarapan di luar!

Jadi kalau anak-anak kita; sejak kecil kita muakan dengan budaya bersarapan diluar; tidak terperanjat kalau mereka obes sejak kecil dan akan menghidap penyakit yang sememangnya kita sebagai ibubapa yang membawa anak-anak keluar bersarapan!

PENYAKIT TIDAK DIJANGKA

Penyakit sudah bermula sejak kecil lagi, dan kajian menunjukkan pengambilan fruktosa (HFCS) berlebihan adalah punca kepada masalah berat badan berlebihan, perut buncit, rintangan insulin, kolesterol tinggi dan darah tinggi yang secara kolektifnya dipanggil sindrom metabolik atau Sindrom X.

Sindrom metabolik ini meningkatkan risiko penyakit jantung malah boleh menyebabkan punca kepada masalah hati berlemak iaitu kanser hati!

Inilah harga kemajuan sesuatu negara yang tidak dapat kita elakkan tetapi kita dapat buat secara kecil sekira ibubapa memahami untuk memasak di rumah!

KENANGAN LAMA SUKAR DI CARI

Saya mengimbau kembali kenangan lama bersarapan bersama ibu dan ayah saya hanya dari rumah! Suatu kenangan yang sangat sukar kerana hari ini bersarapan sudah menjadi kebiasaan, suri rumah yang berkerja sudah ramai! Kita sebenarnya membina budaya baru dengan bersarapan luar tanpa ilmu dan pengetahuan!

HAJI M.NASIR
B.Sc (Chemistry)
UF Terapist Practitioner
0192190418
DAPATKAN INFO PERCUMA

Leave a Reply

Close Menu