Rahsia Rambut Sihat Setiap Hari

Rambut merupakan aset bagi wanita dan juga lelaki. Walau apa jua gaya rambut yang anda suka, mempunyai rambut yang cantik dan sihat perlu menjadi keutamaan.

Ikuti rahsia rambut sihat ini untuk mendapatkan rambut yang menawan idaman ramai.

Vitamin untuk rambut

Vitamin rambut sangat baik bagi memastikan rambut baru sentiasa tumbuh dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Ia juga bagus untuk membuat rambut tampak lebih bersinar dan sihat.

Syampu rambut

Pilih syampu yang sesuai dengan jenis dan keadaan rambut anda. Syampu yang betul akan memberikan rasa segar kepada kulit kepala dan melindungi setiap lapisan rambut anda.

Alat pengering rambut (Hair dryer)

Penggunaan alat pengering rambut dengan betul juga berperanan untuk menghasilkan rambut yang sihat dan cantik. Carilah yang tidak membuatkan rambut anda kusut.

Potong rambut secara rutin

Tujuannya adalah untuk mengurangkan rambut pecah dan bercabang. Rambut bercabang boleh menganggu proses pertumbuhan dan menyebabkan lebih banyak rambut menjadi rosak.

Minyak rambut

Hanya satu titik minyak setiap malam mampu melindungi rambut anda daripada kekeringan. Sikat rambut anda selepas meletakkan minyak rambut untuk memastikan ia rata dan meresap ke dalam kulit kepala.

 

Leave a Reply

Close Menu