Tips Membeli Penapis Air Baru

Membuat keputusan untuk membeli penapis air baru bukanlah satu kerja mudah. Di sini, kami senaraikan tips-tips untuk diteliti sebelum memilih penapis air.

TIPS MEMBELI PENAPIS AIR BARU

KENALPASTI KEPERLUAN

Kenalpasti setiap penapis air yang sesuai dengan keperluan isi rumah anda (jumlah ahli keluarga) lebih baik ianya mempunyai tangki yang besar sedikit supaya dapat menampung keperluan ahli keluarga rumah anda. Bagi yang di rumah ada anak kecil yang menyusu, pilih penapis yang mempunyai suhu air panas sekali. Ini bagi memudahkan proses pembancuhan susu terutama ketika waktu lewat malam.

MEMPUNYAI SIJIL PENGIKTIRAFAN

Pilih penapis yang mempunyai sijil HALAL dari JAKIM sendiri. HALAL bermaksud dari segi penapisan (filter) dan juga pengiktirafan dari 3rd party iaitu badan yang diiktiraf Dunia/Malaysia contohnya SIRIM. Ini bagi memastikan keselamatan anda sekeluarga di rumah terjamin.

JENIS AIR TAPISAN

Penapis air di pasaran mampu menghasilkan 3 jenis air berlainan iaitu air alkali, air mineral dan air reverse osmosis(RO). Biasanya untuk individu yang mempunyai penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, disyorkan untuk minum air RO. Pilih penapis yang mampu menapis logam berat, bau dan unsur-unsur yang tidak baik yang boleh menjadikan kanser atau sakit buah pinggang dan sakit lain seperti kerap batuk dan lain-lain.

MUDAH ALIH

Ciri-ciri penapis air terbaik ialah mudah dipasang dan mudah dialih. Kadang-kadang kita perlu mengubah kedudukan penapis air, contohnya semasa renovasi rumah.

SERVIS SELEPAS JUALAN

Untuk mengekalkan ketahanan penapis air, ia perlu diservis secara berkala. Pilih jenama penapis air yang menawarkan servis jualan yang aktif dan mudah dihubungi.

Jadi buatlah pilihan yang bijak untuk anda dan keluarga anda. Dewasa.my pun ada menawarkan produk penapis air yang berunsurkan kesihatan, sesuai untuk anda yang sedang mencari penapis air. Dapatkan info produk penapis air energi di Dewasa.my.

Leave a Reply

Close Menu